Selepas pecah rekod jaringan, Ronaldo mahu saingi MrBeast pula

Iklan
Ronaldo (kiri) telah memperoleh sebanyak 55 juta pengikut dalam tempoh dua minggu sejak membuka akaun YouTube. Stadium Astro

PEMAIN Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, yang baharu sahaja menceburi kancah YouTuber menyatakan hasrat untuk bersaing bersama YouTuber nombor satu dunia, Jimmy Donaldson atau dikenali sebagai MrBeast daripada aspek jumlah pengikut di saluran itu.

Penjaring 900 gol itu kini mempunyai pengikut sebanyak 58.2 juta sekali gus menjadi pemain bola sepak yang mengumpul jumlah subscriber terpantas di saluran itu.

Iklan
Iklan

"MrBeast adalah seorang lelaki yang saya ingin bersaing dalam dunia YouTuber, nantikan.

"Anak saya sering berkata bahawa saya adalah seorang YouTuber dan bukan lagi pemain bola sepak, apa yang saya mahukan sekarang adalah bersaing dengan Mr Beast dalam dua tahun akan datang," katanya dengan spontan dalam satu sesi podcast yang tular.

Iklan

Untuk rekod, Ronaldo telah memperoleh sebanyak 55 juta pengikut dalam tempoh dua minggu sejak membuka akaun YouTube.

MrBeast pula telah mengumpul sebanyak 314 juta pengikut dan merupakan jumlah paling ramai dalam platform itu. - Stadium Astro/ Awani

Iklan