Jangan sabotaj calon dalam jentera Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid

Iklan
AHMAD ZAHID

KLUANG - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti tidak melakukan sabotaj selepas pengumuman calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, pada Sabtu.

Tegas beliau, semangat pada PRK DUN Nenggiri bulan lalu, perlu dibawa ke DUN Mahkota dengan setiap jentera parti bergerak bersama.

Iklan
Iklan

"Semua jentera mesti gerak dengan baik, jentera MCA mesti gerak cukup kuat, 'assignment' (beri tugas) kepada MIC untuk santuni masyarakat India.

"Kita mahu dari 7 sampai 14 September ini (sebelum hari penamaan calon), ada tujuh hari, siapa pun jadi calon, ambil masa tujuh hari ini untuk pemujukan jentera dan penyokong.

Iklan

"Tak lupa rakan-rakan Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), ini pertama kali kita kombinasikan dalam satu pasukan, pasukan DUN Kerajaan Perpaduan untuk DUN Mahkota," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon Barisan Nasional DUN Mahkota di Command Center BN N29 Mahkota di sini pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama Pengarah PRK DUN Mahkota, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah diumumkan sebagai calon BN bagi PRK DUN Mahkota hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, kombinasi serta solidaroti yang baik ditunjukkan BN dan PH itu akan menjadi formula dalam berdepan PRN di Melaka dan Johor serta Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.

Katanya, seramai 17 dikemukakan kepadanya termasuk bahagian UMNO Kluang dan senarai calon berkenaan dikaji bagi memastikan calon dipilih mempunyai ciri 'Wali'.

'Wali’ itu merujuk kepada boleh memenangi (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable) yang berkaliber dan berdaya," katanya.