KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto, yang juga sahabat lama Seri Paduka Baginda, di Istana Negara di sini pada Sabtu.
Menurut hantaran melalui laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, persahabatan Seri Paduka Baginda bersama Prabowo menjangkau lebih 40 tahun ketika latihan ketenteraan bersama di Fort Bragg, Amerika Syarikat.
Persahabatan Seri Paduka Baginda bersama Prabowo menjangkau lebih 40 tahun ketika latihan ketenteraan bersama di Fort Bragg, Amerika Syarikat. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar