Sekatan DNS: Wakil rakyat kerajaan gesa kaji semula

Iklan

SHAH ALAM - Dua wakil rakyat Kerajaan Perpaduan menggesa supaya rasional sekatan perkhidmatan nama domain (DNS) yang menghalang akses ke laman web berbahaya termasuk pornografi dan judi dalam talian itu dikaji semula.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, sekatan yang menghapuskan akses tersebut merupakan satu inisiatif bagus namun, tidak sepatutnya menyekat aktiviti sah seperti aplikasi permainan.

Iklan
Iklan
Syahredzan

"Saya tidak boleh mengesahkan secara bebas tetapi, jika ini adalah salah satu akibat yang tidak diingini daripada pengalihan DNS, kerajaan mesti melihat semula perkara ini,” katanya dalam hantaran di aplikasi X pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkongsian salah seorang pengguna X yang mendakwa gagal mengakses laman aplikasi sebuah permainan konsol baru-baru ini susulan sekatan berkenaan.

Iklan

Pada Sabtu, media melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengarahkan penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk mengalihkan trafik DNS yang menggunakan pelayan DNS pihak ketiga kembali ke pelayan DNS mereka sendiri.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, hal itu bagi memastikan pengguna terus memperoleh faedah daripada perlindungan disediakan oleh penyedia DNS ISP tempatan dan supaya laman web yang berniat jahat tidak dapat diakses kepada rakyat Malaysia.

Iklan
Altimate

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah tersebut selain menyifatkannya sebagai keterlaluan.

Ujar beliau, ia bukan cara terbaik untuk negara bergerak maju ke hadapan dalam aspek ekosistem digital masa kini.

"Terdapat cara lain untuk melindungi kumpulan yang terdedah daripada kandungan dalam talian.

"Kemungkinan ia memberi kesan buruk yang ketara kepada ekonomi digital negara kita,” menurutnya.