Program Penghayatan Merdeka pupuk semangat patriotik

Iklan
Program Penghayatan Merdeka anjuran YBR diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti tukar minyak hitam secara percuma kepada komuniti desa, pertandingan nyanyian lagu patriotik, mewarna, tumbuk sambal belacan dan motosikal lambat.

SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengadakan Program Penghayatan Merdeka (Merdeka Ride) bagi memupuk semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, program merupakan sebahagian daripada inisiatif yayasan memupuk semangat patriotik tentang makna dan kepentingan kemerdekaan kepada sesebuah negara terutamanya dalam kalangan pelajar.

Iklan
Iklan

"Saya amat menyokong program-program sebegini dimana ia secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat perpaduan serta kecintaan terhadap negara Malaysia”.

"Ini merupakan komitmen YBR dalam mewujudkan sikap toleransi dan mengamalkan budaya saling hormat-menghormati tidak mengira kaum, bangsa dan agama dalam kalangan masyarakat desa,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Tambahnya, program Penghayatan Merdeka turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, mewarna, tumbuk sambal belacan, motosikal lambat dan tukar minyak hitam secara percuma kepada komuniti desa.

Program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Kelab Sukan Dan Rekreasi Komuniti Parlimen Lenggong (SRCC Lenggong) telah disertai oleh 350 orang komuniti di sekitar Felda Lawin Selatan, Perak.

Iklan

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi SRCC Lenggong, Datuk Iruan Zulkefli dan turut dihadiri oleh Syaiful Rizal dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Iruan menzahirkan ucapan terima kasih kepada YBR kerana sudi menganjurkan program yang mampu menarik minat masyarakat setempat dalam menghayati Hari Kemerdekaan Malaysia dengan tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’.