Balak pokok getah berpotensi jana pendapatan lumayan - Ahmad Zahid

Iklan
Ahmad Zahid (tiga dari kanan) diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (dua dari kanan) pada gimik perasmian Karnival Risda Madani Zon Selatan 2024 di Dataran Uptown, pada Sabtu. Foto Bernama

KLUANG - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menggalakkan 'balak' pokok getah lama dimanfaatkan kerana ia berpotensi menjana pendapatan lumayan.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, terdapat kira-kira 420,000 hektar kebun getah yang dimiliki pekebun kecil melibatkan pokok getah matang dan tidak lagi mengeluarkan hasil.

Iklan
Iklan

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, balak pokok getah yang ditebang bagi penanaman pokok baharu boleh dijadikan 'timber’ bagi menjana pendapatan sampingan.

"Timber atau bahan kayu ini boleh dijadikan bahan membuat perabot yang boleh dijual sebelum proses treatment (tanam semula) dilakukan.

Iklan

"Dengan keluasan 420,000 hektar tanah, ia boleh memberikan hasil lumayan sebanyak RM2 bilion dalam tempoh 10 tahun, atau RM200 juta setahun," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Risda Madani (KARRISMA) Peringkat Zon Selatan 2024 di Dataran Uptown Kluang di sini, pada Sabtu.

Iklan

Ujar Ahmad Zahid lagi, KKDW juga berharap industri getah di negara ini perlu memperkenal mekanisme baharu bagi melonjakkan prestasi eksport dan bukan terus bergantung kaedah konvensional.

Katanya, kedudukan eksport getah negara telah jatuh ke tempat kelapan tahun ini berbanding kedudukan pertama pada tahun-tahun sebelumnya.

"Selain itu, lateks juga adalah keluaran negara yang menguasai pasaran dunia sebelum ini, tetapi kini kita terpaksa mengimportnya.

"Dua senario berkenaan merupakan cabaran besar untuk negara tetapi saya yakin RISDA telah mengusulkan beberapa game changer," ujar beliau.