Tebing sungai runtuh tenggelamkan projek loji rawatan air

Iklan
Kesan runtuhan tebing sungai di Taman Mas Puchong menjejaskan pembinaan projek loji rawatan air, pada Sabtu.

PUCHONG - Runtuhan tebing sungai menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air berhampiran Idaman BSP Taman Mas Puchong, di sini, pada Sabtu.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya telah dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 4.14 petang.

Iklan
Iklan

Katanya, runtuhan tebing sungai telah menenggelamkan kawasan pembinaan sedalam 19 meter.

BP Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian tebing sungai runtuh selepas menerima panggilan pada jam 4.14 petang, Sabtu.

"Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini.

Iklan

"Anggota bomba telah membuat pemantauan dan memaklumkan kepada pihak pengurusan pembinaan bagi memberhentikan sementara kerja-kerja pembinaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Runtuhan tebing sungai di Taman Mas Puchong menjejaskan pembinaan projek loji rawatan air, pada Sabtu.

Tambahnya, pihak pengurusan projek itu juga diminta menghubungi pihak Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan kawasan runtuhan selamat bagi meneruskan kerja pembinaan.

Iklan

Kata beliau, operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.10 petang.