ISLAMABAD - Empat pengebom berani mati terbunuh apabila pasukan keselamatan berjaya menggagalkan serangan mereka ke atas ibu pejabat tentera di wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan, menurut kenyataan tentera pada Sabtu, lapor Xinhua.
Kejadian itu berlaku di daerah Mohmand apabila kumpulan yang terdiri daripada empat pengganas menyerang ibu pejabat separa tentera Kor Perbatasan, menurut kenyataan daripada sayap media tentera, Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR).