Orang ramai serbu Terjah Merdeka

Iklan
Pengunjung menyerbu reruai Terjah Merdeka bersama Mesra Rewards anjuran Petronas dan Sinar Harian di Petronas Solaris Putra pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Terjah Merdeka bersama Mesra Rewards, anjuran Petronas dan Sinar Harian di Petronas Solaris Putra, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Sabtu meriah dengan kehadiran ramai pengunjung.

Rata-rata orang ramai yang datang ke stesen Petronas berkenaan tidak melepaskan peluang mencuba permainan dan menjawab soalan kuiz yang ditawarkan selepas mengisi petrol serta berbelanja di Kedai Mesra.

Iklan
Iklan

Pelbagai hadiah ditawarkan, antaranya topi MotoGP, baju T, tumbler eksklusif dan Petronas Gift Card bernilai RM50 setiap satu.

Pasangan suami isteri, Azwan dan Norfarahin menang Petronas Gift Card.

Pasangan suami isteri, Azwan Mohd Husin dan Norfarahin Mohamed Naser, 31, bertuah kerana masing-masing memenangi Petronas Gift Card bernilai RM50.

Iklan
Tekan tanda suka pada Facebook Sinar Harian dan Petronas melayakkan pengunjung menyertai permainan yang menawarkan hadiah menarik kepada pemenang. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Norfarahin berkata, dia singgah ke stesen Petronas itu untuk mengisi petrol berjumlah RM70 dan berbelanja di Kedai Mesra melebihi RM10 yang melayakkan dia menyertai permainan yang ditawarkan.

"Tak sangka boleh menang gift card, lepas ini kami boleh singgah dan berbelanja di Kedai Mesra sepanjang perjalanan pergi dan balik,” katanya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Iklan
Jeff Ng dan Lionel (kanan) menunjukkan tumbler Petronas yang dimenangi mereka.

Pengunjung, Jeff Ng, 51, dari Petaling Jaya, Selangor dan Lionel Tee, 50, dari Bota, Perak juga bertuah kerana memenangi set tumbler eksklusif Petronas selepas membuat putaran roda.

Reruai Aplikasi Setel turut menawarkan hadiah buat pengunjung.Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Menurut Jeff, dia dalam perjalanan ke Johor, manakala Lionel dalam perjalanan ke Melaka.

"Kami bercadang untuk bertemu di stesen minyak ini selepas sekian lama tidak berjumpa dan tak sangka boleh menang hadiah. Terima kasih Petronas dan Sinar Harian,” ujarnya.

Segar Maniveloo dapat sehelai baju T Petronas.

Seorang lagi pengunjung, Segar Maniveloo, 30, yang tinggal di Bangsar, Kuala Lumpur pula memenangi sehelai baju T Petronas selepas mengisi petrol kereta menggunakan aplikasi Setel.

"Selama ini memang saya isi minyak menggunakan Setel kerana ia mudah tapi hari ini sangat bertuah kerana dengan mengisi petrol RM50 boleh menang baju Petronas yang cantik,” katanya.

Yusof Adli, 23, dan bapa saudaranya, Syamsul Salleh, 60, memenagi GiftCard RM50 dan topi MotoGP. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Sementara itu, Yusof Adli, 23, dan bapa saudaranya, Syamsul Salleh, 60, dari Bukit Jalil tidak menyangka niat untuk singgah membeli air dan makanan di Kedai Mesra membawa tuah apabila masing-masing memenangi Petronas Gift Card bernilai RM50 serta topi MotoGP.

Mohd Nazri Sharif, 57,menang gift card bernilai RM50.Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Permainan pusingan roda yang menawarkan GiftCard Petronas bernilai RM50.Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Itu namanya rezeki kerana saya nak ke Melaka untuk hadiri majlis perkahwinan saudara,” katanya.

Pengunjung, Zamzuri Ibrahim, 50, dari Sentul menang Petronas Gift Card RM50 selepas menggunakan aplikasi Setel untuk mengisi petrol. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pengunjung menyertai kuiz dan permainan untuk memenangi pelbagai hadiah. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID