Ibu bapa masih trauma kejadian 11 tahun lalu
Iklan
KOTA BHARU - Seorang bapa mendedahkan masih lagi trauma kejadian 11 tahun lalu apabila bayi sulungnya yang dijaga pengasuh dimandikan di atas tanah di luar rumah dan kemaluan anak perempuannya itu dibasuh dengan kasar sehingga cedera.
Kakitangan swasta yang ingin dikenali sebagai Man berkata, tindakan pengasuh itu terbongkar setelah beliau mengesyaki sesuatu yang tidak kena kepada bayinya apabila kerap menangis.