'Sebelum ini mustahil, tapi saya mula yakin wakili Harimau Malaya'

Iklan
Mats Deijl

PEMAIN pertahanan kelab Liga Eredivise, Go Ahead Eagles, Mats Deijl teruja mahu menyertai Harimau Malaya dan akan menghantar dokumen mengenai pengesahan beliau mempunyai darah Malaysia kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut Deijl, FAM telah meminta dokumen kelahiran ibu dan bapanya yang berada di Belanda dan datuknya dari Jerman sebelum boleh bergerak ke proses seterusnya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, FAM juga serius mahu membawanya beraksi bersama pasukan Harimau Malaya.

"Saya katakan kalau itu boleh dilakukan, sudah tentu (saya mahu bermain bersama Malaysia). Sekarang ini mereka meminta dokumen kelahiran ibu bapa saya yang tinggal di Belanda dan datuk dari Jerman. Ia sedang dihantar," katanya dalam satu rancangan podcast.

Iklan

Sebelum ini, Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin mendedahkan pemain berusia 27 tahun itu menyatakan minat untuk mewakili Malaysia melalui pengendali pasukan kebangsaan, Pau Marti Vicente.

Dalam pada itu, Deijl mengakui pada mulanya beliau tidak yakin proses untuknya mewakili Malaysia akan menjadi kenyataan.

Iklan

"Secara jujurnya pada mulanya saya tidak yakin perkara ini akan berhasil, ia seakan mustahil. Namun sekarang saya semakin yakin dan pihak FAM juga memberikan jaminan akan menguruskan segalanya," katanya.