18 lokasi kepala air, lapan kawasan berisiko tanah runtuh di Kelantan

Iklan
Zainal menyampaikan cenderahati kepada seorang pesara bomba ketika Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM pada Ahad.

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Kelantan menyenaraikan 18 kawasan berpotensi berlaku kepala air dan lapan lokasi berisiko tanah runtuh berikutan berlaku hujan lebat dalam tempoh ini.

Pengarah JBPM negeri, Zainal Madasin berkata, kawasan yang dikenal pasti itu ialah Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh; Lata Rek, Lata Berangin, Air Terjun Istana Sangkut, Lata Chenulang, Lata Y, Air Terjun Jelawang Dabong dan Lata Kertas di Kuala Krai.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, dua kawasan peranginan di Tanah Merah yang disenaraikan ialah Lata Hujan dan Lata Bijih manakala di Jeli membabitkan Lata Janggut, Lata Keding, Lata Turbo dan Lata Kashmir.

"Kita turut mengenal pasti kawasan Air Terjun Bukit Bakar dan Jerama Linang di Machang serta Jeram Pelangi, Renok di Gua Musang.

Iklan

"Pelancong yang memasuki Kelantan pada musim cuti persekolahan nanti dinasihatkan berhati-hati jika memasuki kawasan berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan JBPM di sini pada Ahad.

Iklan
Zainal (enam, kanan) bergambar bersama pegawai dan anggota yang hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM pada Ahad.

Zainal memberitahu, lokasi yang berpotensi tanah runtuh ialah Jalan Kuala Betis-Lojing, Jalan Gua Musang-Lojing dan Lebuhraya Timur Barat Jeli-Gerik.

Jelas beliau, kawasan lain yang dikenal pasti ialah sekitar Lojing di Gua Musang, sekitar Lata Rek, kawasan Gunung Stong, Kampung Chuchuh Puteri di Kuala Krai dan Batu 18, Jalan Timur Barat Jeli.

Katanya lagi, berikutan setiap tahun berlaku hujan lebat dan banjir, kesemua pegawai dan anggota bomba kini menjalani latihan sebagai persiapan menyelamat termasuk anggota penyelamat di air (SWART).

"Kita akan memastikan kekuatan mencukupi dan semua logistik berada dalam keadaan siap sedia termasuk kelengkapan penyelamat di air," katanya.

Tambah Zainal lagi, JBP, turut bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan dan penduduk setempat bagi memudahkan penerimaan maklumat.

"Dalam tempoh ini juga, kami melakukan pemantauan lebih kerap di kawasan berisiko itu terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Jelasnya lagi, penduduk di kawasan berpotensi banjir juga akan diberi taklimat mengenai keselamatan di air kerana penggunaan jaket keselamatan belum tentu selamat sepenuhnya.

Pada majlis sama, Zainal turut menyampaikan cenderahati kepada pesara bomba dan atlet dalam agensi itu yang berjaya mengharumkan JBPM Kelantan.