Dengar bunyi pergerakan tanah sebelum tebing sungai runtuh

Iklan
Kesan runtuhan tebing sungai di Taman Mas Puchong menjejaskan pembinaan projek loji rawatan air, pada Sabtu.

PUCHONG - Bunyi pergerakan tanah didengari pekerja di tapak projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) sebelum berlaku runtuhan tebing sungai di lokasi berkenaan pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, susulan itu siren dibunyikan sekali gus berjaya menyelamatkan kira-kira 100 pekerja di tapak pembinaan terbabit.

Iklan
Iklan

"Kejadian dipercayai bermula dengan bunyi akibat pergerakan tanah sebelum siren diaktifkan untuk mengeluarkan kesemua pekerja ke tempat selamat.

Keadaan di lokasi projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) pada Ahad.

"Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian ini dan pihak bomba dimaklumkan oleh pengurus projek bahawa kejadian runtuhan tebing ini mengambil masa kira-kira 20 minit," katanya pada Ahad.

Iklan

Terdahulu, Gamuda Berhad dalam kenyataan memaklumkan semua kerja pembinaan di tapak projek bekalan air itu dihentikan sementara bagi menilai keadaan dan melaksanakan protokol keselamatan tambahan.

Menerusi kenyataan itu, pihaknya turut memaklumkan tiada kecederaan dialami oleh pekerja pembinaan mahupun orang awam dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang itu.

Iklan

Pada Sabtu, tebing sungai di projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) berhampiran Idaman BSP Taman Mas Puchong runtuh menyebabkan limpahan air sungai memasuki bahagian hadapan tapak pembinaan projek berkenaan.