13 'mat rempit' dibawa solat Subuh berjemaah

Iklan
Selesai urusan dokumentasi di Balai Polis Tun HS Lee, kesemua mereka di bawa ke Surau An Nazahah untuk solat Subuh berjemaah dan tazkirah.

KUALA LUMPUR - Seramai 13 'mat rempit' dibawa untuk bersama menunaikan solat Subuh berjemaah dan mendengar tazkirah selepas ditahan dalam Op Samseng Jalanan dekat sini pada malam Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, selesai dokumentasi di Balai Polis Tun HS Lee, kesemua individu berusia 14 hingga 19 tahun itu di bawa ke Surau An Nazahah.

Iklan
Iklan

"Pendekatan keagamaan adalah antara yang digunakan dalam menangani masalah sosial untuk penunggang motosikal remaja di ibu kota," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Antara penunggang motosikal yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan pada malam Sabtu.

Menurutnya, pendekatan keagamaan kepada remaja itu diharapkan dapat membantu jiwa dan minda mereka untuk membentuk akhlak yang lebih mulia.

Iklan

"Ibu bapa juga disarankan agar lebih memberi perhatian kepada anak-anak mereka terutama remaja yang kerap menjadi pengguna jalan raya bagi mengelak sebarang aktiviti melanggar undang-undang lalu lintas,” ujarnya.

Iklan