PETRA, Johor kerjasama pastikan bekalan air, tenaga cukup untuk pelabur

Iklan
Fadillah ketika sidang media sempena Lawatan Kerja ke Daerah Kluang di Loji Rawatan Air (LRA) Kahang hari ini. Foto Bernama

KLUANG - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan bekerjasama erat dengan kerajaan Johor bagi memastikan bekalan air dan tenaga mencukupi untuk keperluan pelabur di negeri ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah itu sejajar pertumbuhan pusat data di Johor selain pelaksanaan inisiatif ekonomi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Iklan
Iklan

"Saya ucapkan syabas kepada kerajaan Johor kerana ada perancangan memastikan isu bekalan air di kawasan ini tidak berulang, apatah lagi negeri ini merupakan tempat tumpuan pelabur khususnya JS-SEZ selain pusat data.

"PETRA akan bekerjasama rapat dengan kerajaan Johor untuk memastikan bekalan air yang diperlukan pelabur selain bekalan tenaga termasuk tenaga boleh diperbaharui," katanya pada sidang media selepas melawat Loji Rawatan Air (LRA) Kahang sempena Lawatan Kerja di Daerah Kluang di sini hari ini.

Iklan

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, jika ia dilaksanakan, kerajaan pusat dan negeri akan dapat memastikan kesejahteraan, keterjaminan air dan tenaga selain turut menjaga kelestarian alam sekitar. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Iklan