Remaja cedera kereta terjunam dari parkir Terminal 1

Iklan
Kereta Honda City milik mangsa terjunam dari tingkat satu Terminal 1 dan menghempap sebuah kereta lain dalam kejadian jam 11.45 pagi Ahad.

SEREMBAN - Seorang remaja lelaki cedera selepas kereta dipandunya terjunam dari tingkat satu kawasan parkir Terminal 1 di sini dan menghempap sebuah kereta Proton Saga pada Ahad.

Kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu berlaku selepas pemandu kereta jenis Honda City berusia 19 tahun itu tertekan pedal minyak.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati, remaja berkenaan sedang bergerak dari tempat parkir di Terminal 1 untuk pulang ke rumahnya di Seremban 2.

"Apabila tiba di lokasi, pemandunya tertekan pedal minyak dan hilang kawalan lalu terbabas melanggar pagar besi dan jatuh ke bawah.

Iklan

"Kereta mangsa turut terkena bahagian hadapan sebuah kereta Proton Saga yang berada di bahu kiri jalan tingkat bawah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Bagaimanapun katanya, kereta Proton Saga itu tiada pemandu dan akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian kepala.

Iklan

Tambahnya, mangsa telah dibawa ke sebuah hospital swasta di Seremban untuk rawatan lanjut.

"Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Sankar di talian 014-6000353 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Peraturan-Peraturan 10LN166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.