Mampukah Harimau Malaya tewaskan Lubnan?

Iklan
Perebutan gelaran Pestabola Merdeka 2024 yang menemukan Malaysia dan Lubnan di Bukit Jalil pada Ahad. Foto FB FAM

FINAL Pestabola Merdeka 2024 yang menemukan tuan rumah, Malaysia dan Lubnan menarik untuk dibicara dan ditonton peminat bola sepak tempatan.

Kemenangan dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 9 malam ini bakal mengubah rekod buat pasukan kebangsaan bimbingan jurulatih dari Sepanyol, Pau Marti Vicente.

Iklan
Iklan

Mampukah Harimau Malaya menghapuskan badi untuk menewaskan pasukan dari negara Arab setelah kali terakhir menang 2-1 ke atas Yaman 10 tahun lalu.

Atas kertas agak mencabar buat Malaysia yang menghuni ranking ke-134 berbanding skuad bimbingan Miodrag Radulovic di kedudukan 116 dunia.

Iklan

Malah berdasarkan rekod lalu, pasukan negara yang pernah berdepan Lubnan pada 2017 dan 2018 tewas 1-2 dalam kedua-dua perlawanan.

Namun menerusi sokongan padu peminat dan semangat kental para pemain, tiada yang mustahil buat skuad Harimau Malaya.

Iklan

Rekod lain yang boleh diperbaharui ialah kejuaraan di pentas antarabangsa yang kali terakhir Malaysia menangi ialah dalam saingan Piala AFF pada 2010.

Pada peringkat temasya ialah Sukan SEA 2011 apabila merangkul pingat emas dan kali terakhir pasukan kebangsaan mengungguli Pestabola Merdeka ialah pada 2013 menerusi skuad bawah 23 tahun.

Sebagai rekod Malaysia pernah merangkul trofi tersebut sebanyak 12 kali diikuti Korea 11 dan Myanmar (empat kali).