Malaysia juara Pestabola Merdeka, kejutkan Lubnan

Iklan
Malaysia muncul juara Pestabola Merdeka 2024 selepas menewaskan Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

MALAYSIA muncul juara Pestabola Merdeka 2024 setelah mengejutkan pasukan di ranking ke-116 dunia, Lubnan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Kemenangan jaringan tunggal Romel Morales pada minit ke-33 itu menamatkan kemarau kejuaraan kejohanan tersebut yang kali terakhir dimenangi pada 2010.

Iklan
Iklan

Kemenangan itu juga pasti melegakan skuad Harimau Malaya yang menghuni ranking ke-134 dunia meskipun tanpa sokongan Ultras Malaya.

Malah jurulatih sementara, Pau Marti Vecente boleh tidur lena apabila berjaya menghadiahkan trofi pertama selepas mengambil alih kerusi panas itu dari Kim Pan-gon.

Iklan
Iklan