Sijil halal: Dikagumi dunia, diperlekeh dalam negara

Iklan
Pentingnya sebuah restoran untuk mendapatkan sijil halal Jakim terutamanya mereka yang memfokuskan jualan makanan kepada umat Islam memandangkan tuntutan agama Islam itu sendiri menitikberatkan aspek halal dan suci dalam makanan.

CADANGAN mewajibkan pengendali makanan dan restoran mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapat pelbagai reaksi.

Ada yang menyokong, ada yang memberi cadangan penambahbaikan, bahkan ada yang menolaknya mentah-mentah.

Iklan
Iklan

Ada yang menganggap ia langkah ke belakang selain mendakwa kewajipan tersebut bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya serta mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di peringkat antarabangsa.

Jika diperhatikan perkembangan industri halal sejak sebulan kebelakangan ini, boleh dilihat banyak negara termasuk Rusia, New Zealand, Thailand, Brazil, Jepun dan lain-lain yang ingin bekerjasama dengan Malaysia dalam industri ini.

Iklan

Bahkan beberapa negara yang majoriti rakyatnya bukan Islam turut berminat untuk bekerjasama dengan negara kita dalam aspek halal kerana salah matlamat mereka adalah untuk menembusi pasaran dalam kalangan anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang mempunyai penduduk melebihi dua bilion orang.

Ini menunjukkan kepada kita kepakaran Malaysia sememangnya ditagih negara-negara luar yang melihat kepentingan sijil halal.

Iklan

Jadi, cadangan mewajibkan pengendali makanan dan restoran mendapatkan sijil halal bukanlah keterlaluan dan perlu disokong sepenuhnya semua pihak.

Pentingnya sebuah restoran untuk mendapatkan sijil halal Jakim terutamanya mereka yang memfokuskan jualan makanan kepada umat Islam memandangkan tuntutan agama Islam itu sendiri menitikberatkan aspek halal dan suci dalam makanan.

Penulis kagum apabila sebuah syarikat dari China berjaya membuka 137 cawangan kedai di negara ini dan kira-kira 35 daripadanya telah mendapat sijil halal Jakim walaupun baru berusia setahun jagung.

Bagaimanapun sangat menghairankan apabila ada sesetengah restoran yang sudah bertapak di Malaysia lebih 30 tahun namun masih belum mendapatkan sijil halal walaupun kebanyakan pelanggan mereka adalah umat Islam.

Walaupun permohonan sijil halal buat masa ini adalah sukarela namun pihak restoran sepatutnya peka dengan pelanggan yang beragama Islam yang diwajibkan memakan makanan yang halal lagi suci.

Jangan pula mengeluh jika terdapat kempen yang memboikot restoran yang tiada sijil halal selepas ini.