Projek LRA Sungai Rasau dijangka lewat siap - SPAN

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu. (Gambar kecil: Mohd Fazil)

SHAH ALAM - Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menjangkakan berlaku kelewatan dalam pembinaan LRA Sungai Rasau yang sepatutnya siap pada tahun hadapan susulan insiden tebing sungai runtuh dan menenggelamkan tapak projek berkenaan pada Sabtu.

Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN, Mohd Fazil Ismail bagaimanapun berkata, Syarikat Air Selangor (Air Selangor) akan mengenal pasti penambahbaikan sistem agihan grid bersambung susulan kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

"Tindakan kontingensi itu akan melibatkan LRA Sungai Semenyih, Sungai Selangor dan Labohan Dagang.

"Pihak kontraktor iaitu Gamuda Berhad akan melantik pakar bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan yang perlu dilaksanakan sebelum meneruskan kerja pembinaan.

Iklan

"SPAN akan menunggu laporan terperinci daripada mereka sebelum sebarang kesimpulan menyeluruh boleh dibuat,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Fazil memaklumkan, kejadian tersebut tidak menjejaskan bekalan air ke kawasan sekitar pada waktu ini.

Iklan

"Pihak operator (Air Selangor) mempunyai pelan kontingensi mereka bagi memastikan bekalan air tidak terjejas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Air Selangor turut mengesahkan kejadian dan berkata, ia akan bekerjasama dengan Gamuda untuk memberikan maklumat lanjut dari masa ke masa.