Penang Marriott Komplex buka cawangan ke-50 di Pulau Pinang

Iklan
Ahmad Fuzi menurunkan tandatangan pada plak perasmian.

MARRIOTT International Inc mengembangkan lagi perniagaannya di Pulau Pinang dengan pembukaan Penang Marriott Komplex terdiri daripada tiga hartanah iaitu Penang Marriott Hotel, Marriott Executive Apartments dan Marriott Residences.

Presiden Marriott International Asia Pasifik selain China, Rajeev Menon berkata, kejayaan pembukaan hartanah ke-50 Marriott International di Malaysia itu menjadi pencapaian signifikan dalam perjalanan pertumbuhannya hartanah di Asia Pasifik termasuk merancakkan industri pelancongan negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Penang Marriott Komplex yang terletak di sepanjang Gurney Drive yang terkenal sebagai destinasi tumpuan bakal memberikan pengalaman yang menarik untuk pelancong berlibur.

Acara pembukaan itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Ahmad Fuzi (tengah) bersama tetamu jemputan lain memotong reben sebagai simbolik pembukaan Penang Marriott Komplex pada Ahad.

Iklan

Hadir sama, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pengerusi Lembaga Pengarah Marriott International, David Marriott.

Penang Marriott Complex menyumbang kepada kehadiran Marriott di Malaysia, di mana kini terdapat 20 jenama dalam portfolio Marriott Bonvoy.

Iklan

Pengembangan Marriott International di Pulau Pinang selari dengan trajektori pertumbuhan syarikat yang lebih luas di Asia Tenggara, di mana syarikat itu terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam sektor hospitaliti, dengan Penang Marriott Complex dijangka menjadi ciri penting dalam landskap hospitaliti Pulau Pinang.