Ragbi lelaki 7s UPM catat kemenangan kelima SUKIPT

Iklan
Aksi pemain UPM (jersi hijau) ketika bertemu skuad UiTM pada final ragbi lelaki 7s SUKIPT di Padang Ragbi UUM, pada Ahad. FOTO SUKIPT

SKUAD ragbi lelaki Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mengekalkan pingat emas acara ragbi 7s pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) Universiti Utara Malaysia (UUM) 2024, pada Ahad.

Juara bertahan itu menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan keputusan 21-0 pada perlawanan akhir di padang ragbi UUM.

Iklan
Iklan

Pengurus pasukan UPM, Muhammad Zyuraidi Abdul Majid berkata, kemenangan kali kelima dalam temasya SUKIPT ini lebih manis apabila mereka tidak bolos sejak acara ragbi dimulakan pada Jumaat lalu sehingga perlawanan akhir.

Pemain UPM (jersi hijau) cuba memboloskan diri pada final ragbi lelaki 7s SUKIPT di Padang Ragbi UUM, pada Ahad. FOTO SUKIPT

Menurutnya, rekod perlawanan di peringkat kumpulan menyaksikan UPM menewaskan UniKL (32-0), IPG KL (29-0), UTEM (34-0), Politeknik Malaysia (24-0) dan di separuh akhir pula mengatasi Universiti Teknologi Petronas (UTP) 34-0.

Iklan

"Skuad UPM yang dibarisi pemain baru tahun pertama dan kedua telah menunjukkan komitmen yang begitu tinggi untuk merebut kemenangan sejak memulakan aksi dalam kumpulan F.

Jelas Muhammad Zyuraidi, pasukannya tetap diberikan saingan sengit oleh lawan terutamanya di peringkat separuh akhir dan juga akhir.

Iklan

Menurutnya, Pemain juga menambah tahap keyakinan mereka apabila berjaya mengekalkan kedudukan tanpa bolos hingga ke peringkat akhir sehingga berjaya mengekalkan sasaran emas pada tahun ini.

Sementara itu, pasukan ragbi 7's wanita UiTM pula muncul juara selepas menewaskan Politeknik Malaysia dengan keputusan 19-5 pada perlawanan akhir.