'Tak usah malu jika ada surat beranak melintang'

Iklan
Gambar kenangan Salinah Adelinah bersama arwah ibu dan bapa angkatnya.

SHAH ALAM - 'Saya gelarkan ibu dan ayah angkat saya malaikat tanpa sayap'.

Itulah ungkapan seorang wanita berbangsa Cina, Salinah Adelinah Abdullah, 28, yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh keluarga angkatnya sejak bayi.

Tangkap layar hantaran Salinah Adelinah bersama ayah angkatnya di TikTok.

Iklan
Iklan

"Saya memang tinggal bersama ibu dan ayah angkat sejak kecil sebab ibu bapa kandung saya sibuk bekerja. Ketika usia saya empat tahun, mereka meminta keizinan daripada ibu bapa kandung untuk mendaftarkan saya sebagai anak angkat mereka.

"Ibu dan ayah angkat tidak dikurniakan zuriat sepanjang 30 tahun perkahwinan kerana ayah dilahirkan sebagai orang kurang upaya (OKU). Arwah ibu angkat pula sentiasa gelar saya sebagai nyawa mereka.

Iklan

"Arwah ibu sangat sensitif jika ada yang mengungkit status saya dan dia pernah berkata 'ini nyawa saya, anak saya. Jangan siapa berani mengungkit status anak ini'," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, dia memaklumkan, tiada beza ibu bapa kandung atau angkat kerana yang berbeza cuma status agama.

Iklan

Ujarnya, walaupun dia hanya anak angkat, mereka membesarkannya bagai menatang minyak yang penuh.

"Ia merupakan hutang paling besar yang tak mampu saya tukar ganti walaupun dengan nyawa sendiri. Mereka asbab saya bergelar saudara Islam sehingga hari ini. Saya gelarkan mereka malaikat tanpa sayap," katanya.

Tambah Salinah Adelinah, walaupun mempunyai surat beranak melintang tetapi dia tidak pernah berasa malu dengan status itu.

"Mungkin bagi sesetengah individu akan timbul perasaan bercampur baur bila memiliki surat beranak melintang, tetapi mereka perlu melihat situasi berkenaan daripada sudut positif.

"Terkadang kamu akan tertanya mengapa adakah orang tua kandung tak sayang kepada kamu.

"Tetapi tak usah malu untuk mengaku kita anak angkat. Sekurang-kurangnya kita istimewa kerana mempunyai dua orang ibu dan bapa," jelasnya.