Kejayaan perangi rasuah bergantung pada institusi

Iklan
Pendekatan literasi pendidikan, pencegahan dan hukuman berat juga perlu diseimbangkan bagi membentuk sebuah pentadbiran yang bersih tanpa sebarang perbuatan keji. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kejayaan beberapa pihak untuk memerangi gejala rasuah dalam sektor awam bergantung pada institusi yang berani, telus dan bertanggungjawab di semua peringkat.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim berkata, ia memerlukan suatu pendekatan menyeluruh dan holistik yang boleh meliputi seluruh negara dengan keberanian semua pihak untuk bertindak.

Zairudin Hashim

Iklan
Iklan

Menurutnya, pendekatan literasi pendidikan, pencegahan dan hukuman berat juga perlu diseimbangkan bagi membentuk sebuah pentadbiran yang bersih tanpa sebarang perbuatan keji.

"Tiada keazaman politik menyebabkan ia akan memanjangkan amalan rasuah yang sistemik, seperti yang berlaku di banyak negara,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, seruan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan reformasi dilaksanakan dalam perkhidmatan awam mampu membantu melawan gejala rasuah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, negara perlu melakukan reformasi perkhidmatan awam selari dengan kepesatan ekonomi agar penyampaian perkhidmatan berkualiti dapat dinikmati rakyat.

Iklan

Tambah Zairudin, semua pihak disarankan untuk mendedahkan mengenai bahaya dan jijiknya perbuatan rasuah kepada generasi muda terutama anak-anak kecil.

Katanya lagi, mereka perlu dididik sekiranya terlihat perbuatan keji itu perlu mengadu atau membuat laporan kepada mana-mana pihak yang bertanggungjawab.

"Laporan mesti dibuat sekiranya masyarakat terutama anak kecil melihat berlakunya kegiatan itu dengan hukuman berat mesti dijatuhkan kepada pelaku,” ujarnya.