Isu sijil halal: Teresa Kok sahkan akan dirakam keterangan esok

Iklan
Teresa

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengesahkan beliau sudah dihubungi pihak polis untuk dirakam keterangan berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman, pada Selasa.

"Saya menerima panggilan daripada seorang pegawai polis semalam untuk memberi keterangan di Bukit Aman esok (Selasa) pukul 10 pagi," katanya pada Isnin.

Iklan
Iklan

Teresa yang juga Naib Presiden DAP itu berkata, beliau akan ditemani peguam Syahredzan Johan dan Ramkarpal Singh.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini memberitahu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menyentuh isu agama.

Iklan

Seksyen itu katanya memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Menurut beliau, Teresa juga disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebarkan berita yang mampu menimbulkan ketakutan atau kegentaran kepada awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mengandungi kenyataan jelik.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan bahawa Jakim sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi dan alkohol.

Bagaimanapun, Teresa Kok dilaporkan kemudiannya menyatakan bahawa cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan seperti itu mendapatkan pensijilan halal berpotensi menambah beban kepada perniagaan, termasuk membabitkan ribuan pengusaha restoran Melayu. - Awani