Guna sistem online urusan pasport kurangkan kesesakan di kaunter

Iklan
Masyarakat disaran untuk gunakan sistem dalam talian terutama bagi urusan berkait pasport. Gambar hiasan.

PUTRAJAYA - Pelaksanaan sistem secara dalam talian bagi urusan pasport memberi perubahan dalam mengurangkan kesesakan bagi sebarang urusan di pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, JIM sentiasa berusaha dalam mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah kesesakan di kaunter-kaunter operasi imigresen.

Ruslin

Menurutnya, sebagai contoh isu pasport, mungkin masih ada yang belum memahami sepenuhnya proses ini.

Iklan

"Komitmen JIM adalah meneruskan lawatan di pejabat operasi agar perkara ini ditangani segera selain pelaksanaan 'spotcheck' serta terjah," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar kejayaan menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya di sini pada Isnin.

Beliau berkata, JIM juga mengenal pasti antara faktor kesesakan berlaku ialah pada musim cuti sekolah.

Iklan

Katanya, disarankan masyarakat untuk gunakan sistem dalam talian terutama bagi urusan berkait pasport.

"Kita minta buat secara dalam talian, dua hari kemudian akan terima notifikasi untuk datang ke pejabat bagi tuntutan pasport.

"Ia memudahkan dan pelaksanaan pasport secara online memberi banyak perubahan," ujarnya.