PRK DUN Mahkota: Amanah bantu pastikan kemenangan calon BN

Iklan
Mahfuz (tengah) ketika ditemui pemberita di Kampung Durian pada Isnin.

PENDANG - Parti Amanah Negara (Amanah) akan memberi sokongan sepenuhnya terhadap calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada 28 September depan.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau yang diberikan tanggungjawab sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Amanah untuk PRK Mahkota telah menyelaraskan jentera Amanah seluruh negara untuk memberi sokongan padu terhadap calon bertanding.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan jentera bekerja keras pada PRK Mahkota seperti mana di Nenggiri sebelum ini.

"Begitu juga di Mahkota, kita akan bekerja habis-habisan untuk memastikan calon muda dari BN itu mencapai kejayaan lebih besar di Mahkota.

Iklan

"Kita harap gelombang kejayaan di DUN Nenggiri akan dapat membawa gelombang kejayaan lebih besar di Mahkota," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Durian,di sini, pada Isnin.

Mahfuz berkata, pihaknya ingin memastikan pengundi di Mahkota dapat menghalang elemen politik 'mendajalkan' orang daripada masuk ke Johor dalam PRK kali ini.

Iklan

Dalam perkembangan lain, beliau menyangkal dakwaan bahawa Kerajaan Perpaduan menghalang ataupun menyekat perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mempertahankan hak bumiputera dan kedudukan Islam.