Dua penunggang motosikal maut nahas enam kenderaan

Iklan
Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan berkenaan. Foto IPD Batu Pahat

BATU PAHAT – Dua penunggang motosikal maut dalam nahas melibatkan lima motosikal dan sebuah kereta di kilometer (KM) 88.2, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), dekat Yong Peng, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku pada jam 7.30 malam ketika kedua-dua penunggang motosikal terbabit, Muhammad Asyraf Hussin, 22 dan Muhammad Shahrin Asmadi, 19, dalam perjalanan dari Ayer Hitam menghala ke Yong Peng.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kedua-dua motosikal berkenaan dipercayai telah hilang kawalan hingga melanggar bahagian belakang kereta yang bergerak dari arah sama.

Katanya, perlanggaran itu menyebabkan kedua-dua penunggang motosikal mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

"Tiga lagi penunggang motosikal, masing-masing mengalami cedera parah di bahagian tangan

"Kesemua mereka dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Iklan

"Pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Shahrulanuar Mushaddat berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

"Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000," katanya.