26 motosikal milik pekerja kilang musnah terbakar

Iklan
Anggota bomba melakukan penyiasatan di lokasi kebakaran. -Foto BBP Pasir Gudang

PASIR GUDANG - Sebanyak 26 motosikal milik pekerja yang diparkir di lot parkir sebuah kilang di Jalan Pekeliling di sini musnah dalam kebakaran, pada pagi Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kebakaran tersebut pada jam 9.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Polis mengesahkan telah menerima satu laporan kejadian kebakaran di sebuah kilang di sini membabitkan 26 motosikal.

"Kesemua motosikal tersebut musnah dalam kebakaran berkenaan, namun tidak ada sebarang kemalangan nyawa yang dilaporkan.

Iklan

"Kebakaran tersebut kemudiannya berjaya dipadamkan sekitar jam 10.30 pagi dengan bantuan pihak bomba Pasir Gudang,” katanya.

Beliau berkata, kerugian dianggarkan berjumlah RM78,000.

Iklan

"Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran termasuk melihat sama ada terdapat sebarang unsur khianat atau kebakaran tidak sengaja," katanya.

Sebahagian 26 motosikal yang musnah terbakar. Foto BBP Pasir Gudang

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I, Anuar Abdullah berkata, kebakaran berkenaan dipercayai berlaku sekitar jam 10.03 pagi.

Katanya, sebaik menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut satu Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melibatkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta sembilan anggota bomba dari BBP Pasir Gudang, telah dihantar ke lokasi.

"Sebaik menerima panggilan tersebut, pasukan bomba melibatkan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta sembilan anggota bomba dari BBP Pasir Gudang, telah dihantar ke lokasi.

"Kerja-kerja pemadaman telah dilakukan menggunakan dua aliran 200 kaki, dua pancutan dan 13 unit alat pemadam api sehingga selesai.

"Pasukan bomba kemudiannya melakukan kerja-kerja pemantauan dan pemeriksaan sehingga selesai dan memastikan keadaan sekitar dalam keadaan selamat,” katanya.

Katanya, operasi ditamatkan pada jam 10.03 pagi, Isnin.