Uncle Bos Mama terapi ‘sembuh’ sepanjang PKP

Iklan
Barisan pelakon utama drama Uncle Bos Mama (dari kiri) Meerqeen, Ezzany dan Yusuf. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABD WAHID

PROSES menulis buku bertajuk Uncle Bos Mama merupakan sebuah terapi untuk ‘sembuh’ yang dilaksanakan sepanjang musim perintah kawalan berkurung (PKP) semasa Covid-19 lalu.

Penulis buku, Nurul Syahida Kamarudin berkata, naskhah berkenaan menjadi tempat meluah kerana ketika menyiapkannya terdapat ahli keluarga yang jatuh sakit.

Iklan
Iklan
Nurul Syahida

"Bukan soal jalan cerita dalam penulisan tetapi sepanjang proses menulis buku ini. Masa PKP ini saya rasa saya berada di tahap paling bawah.

"Jadi, setiap kali saya menulis buku ini memang dijadikan terapi untuk sembuh daripada semua masalah ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Novel karya Kumpulan Karangkraf itu dijadikan sebuah drama yang mempunyai 24 episod, bakal bersiaran menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) dan strim menerusi platform On Demand, Astro Go dan sooka bermula 9 September ini jam 10 malam.

Novel Uncle Bos Mama terbitan Kumpulan Karangkraf yang diadaptasi sebagai drama 24 episod.

Drama terbitan iFame itu membariskan pelakon utama iaitu Meerqeen, Ezzanie Jasny dan Yusuf Bahrin.

Iklan

Penerbit drama, Jeehan Mohamed berkata, drama My Famous Ex Boyfriend sebelum ini juga diadaptasikan daripada novel Petrichor yang ditulis oleh Nurul Syahida.

Menurut Jeehan, pihaknya sentiasa menunggu peluang untuk bekerjasama dengan Kumpulan Karangkraf terutama hasil penulisan daripada Nurul Syahida.

Jeehan

"Selepas drama pertama, penulisan novel Nurul Syahida ini boleh diterima ramai bukan sahaja dalam kalangan remaja tetapi juga orang dewasa.

"Kalau ada mana-mana novel Kumpulan Karangkraf yang popular, berilah kepada kami untuk diadaptasikan sebagai drama,” ujarnya.

Ditanya harapan mengenai drama tersebut, Jeehan memberitahu ia bakal ditonton oleh pelbagai generasi kerana keunikan jalan cerita yang tidak klise.

"Ini cerita romantik yang unik kerana ada kombinasi kekeluargaan. Kami ada kembangkan sedikit penceritaan daripada novel supaya pelbagai generasi boleh menonton.

"Kita memang mengharapkan golongan muda dan dewasa serta kanak-kanak juga akan menonton drama ini,” tambahnya.