Pencemaran bau kimia: SK Kampung Maju Jaya ditutup

Iklan
SK Kampung Maju Jaya, Johor Bahru diarah tutup susulan 21 murid mengalami loya, sesak nafas dan pening kepala akibat terdedah dengan pencemaran bau sejak awak pagi Isnin.

JOHOR BAHRU - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya ditutup pada Isnin selepas terdedah dengan pencemaran bau kimia.

Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, penutupan sekolah membabitkan 1,024 pelajar dan 64 guru itu dilakukan pada jam 1 petang.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, langkah itu bagi membendung masalah yang lebih serius yang boleh menjejaskan tahap kesihatan murid dan guru apabila terdedah dengan bahan tercemar itu.

"Tempoh penutupan sekolah sama ada dilanjutkan esok (Selasa) masih dalam pertimbangan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)," katanya dihubungi pada Isnin.

Iklan

Sebelum itu media melaporkan, seramai 21 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya di sini, mengalami gejala ringan termasuk loya akibat terdedah dengan pencemaran bau yang mengancam kawasan perkampungan itu sejak awal pagi hari ini.

Ketua Kampung Maju Jaya, Roslan Hassan berkata, kumpulan berkenaan adalah murid sesi pagi yang berusia antara 10 hingga 12 tahun.

Iklan

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata, pencemaran bau di Kampung Maju Jaya dan Kampung Tawakal pagi tadi mengakibatkan sekolah terbabit ditutup.

"Saya bersama pihak bomba, polis, ketua kampung dan penghulu telah turun padang melawat kawasan.

"Saya turut menghubungi YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan dan memaklumkan perkara ini. Beliau mengarahkan sekolah tutup serta merta demi keselamatan guru dan murid,” ujarnya.