Pesawat Trigana Air tergelincir ketika mendarat

Iklan
Sebuah pesawat ATR 42-500 milik Trigana Air tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Stevanus Rumbewas Serui di Pulau Yapei, Papua, pada Isnin.

JAKARTA - Sebuah pesawat ATR 42-500 milik Trigana Air tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Stevanus Rumbewas Serui di Pulau Yapei, Papua, pada Isnin, menurut Kementerian Pengangkutan.

Pesawat itu, dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sentani dan membawa 42 penumpang dan enam kru, terbabas ketika bersiap sedia untuk berlepas pada 10.40 pagi waktu tempatan.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Pengangkutan Udara, Maria Kristi Endah Murni menyatakan laporan awal mengesahkan semua penumpang dan anak kapal selamat, walaupun ada yang mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Serui.

"Punca pesawat tergelincir masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan.

Iklan

Beliau menjelaskan pesawat itu mendarat pada 10.19 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Frans Kaisiepo di Biak dan diparkir pada 10.21 pagi.

Ia mula bergerak ke Lapangan Terbang Sentani pada 10.35 pagi tetapi tergelincir ke kiri hanya seminit kemudian, berhenti 1,200 meter dari landasan aktif 28.

Iklan

Unit Operasi Lapangan Terbang diarahkan untuk terus memantau dan menyelaras dengan semua pihak berkaitan yang terlibat dalam pemindahan dan tindak balas terhadap insiden itu. - Bernama