Bomba guna jentera ALP selamatkan si bulus atas pokok Asoka

Iklan
asukan bomba terpaksa menggunakan jentera ALP untuk menyelamatkan kucing yang berada di atas pokok berketinggian kira-kira enam meter.

LABUAN - Bunyi kucing 'mengiau' tak berhenti menyebabkan orang awam yang lalu di kawasan Jalan Jumidar Buyong, di sini, tercari-cari dari mana arah suara haiwan tersebut.

Selepas diperiksa di kawasan sekitar, akhirnya membawa kepada penemuan seekor kucing berada di atas pokok Asoka yang berketinggian kira-kira enam meter.

Iklan
Iklan

Bimbang si bulus tersebut terjatuh dari pokok menyebabkan orang awam segera bertindak menghubungi pasukan bomba untuk tujuan penyelamatan.

Kucing yang berjaya diselamatkan pasukan bomba selepas dikesan berada di atas pokok berketinggian kira-kira enam meter.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan berkata, pasukan bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.38 petang Isnin.

Iklan

Katanya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labuan Sentral dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh satu kilometer.

"Orang awam di lokasi kejadian terdengar bunyi kucing dari atas pokok tersebut dan mendapati haiwan itu berada di hujung pokok yang berketinggian kira-kira enam meter.

Iklan

"Disebabkan itu, pasukan bomba terpaksa menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) untuk mendapatkan haiwan tersebut. Beberapa anggota lain juga turut merentangkan kain bagi tujuan penyelamatan sekiranya kucing tersebut terjatuh," katanya.

Menurut jurucakap lagi, usaha menurunkan kucing tersebut mengambil masa hampir satu jam dan operasi ditamatkan pada jam 7.22 malam.