KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai penghantar makanan yang mengumpil dua tabung derma di Masjid An-Nur di USJ 4 Subang Jaya pagi semalam yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM3,000.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat dalam kenyataan berkata, perbuatan suspek yang memakai baju biru, seluar panjang berwarna coklat dan menggalas beg p-hailing mengumpil dan mengambil wang tabung di lobi masjid itu, dirakam kamera litar tertutup pada 11.40 pagi semalam.