Padankan muka pasangan bercerai, di mana sifat manusiawi kita?

Iklan
Gambar hiasan.

MINGGU lalu, kes perceraian melibatkan individu terkenal tular di media sosial dan menarik perhatian warganet.

Adat berumah tangga, ada pasang surutnya. Malah tidak kurang ramai yang terpaksa melalui fasa menyakitkan apabila mahligai dibina musnah di tengah jalan.

Iklan
Iklan

Suatu petang, ketika sedang menunggu hidangan sampai, telinga Merak Jalanan dapat menangkap perbualan pelanggan di meja belakang.

Almaklumlah mereka berempat manakala Merak Jalanan seorang diri. Jadi, perbualan yang rancak itu boleh didengari dengan jelas.

Iklan

"Itulah namanya kifarah.” Terdengar suara salah seorang ‘jiran’ meja Merak Jalanan memberikan rumusan kepada kisah yang tular itu.

Pendapatnya itu dilengkapi dengan ayat,"... sebab itu jangan derhaka dengan mak bapak kita.”

Iklan

Satu-satunya pelanggan lelaki di meja itu pula menyampuk,"Mula-mula satu bini, lepas tu jadi dua, lepas tu jadi satu balik. Sekarang langsung dah tak ada,” katanya disambut gelak tawa.

Termenung juga Merak Jalanan mendengar sembang kedai kopi secara tidak sengaja ini. Kalau melihat komen-komen di media sosial, penangannya lebih dahsyat dan menggerunkan!

"Pelik aku kenapa cerai pula? Tak habis-habis drama,” antara komen yang ditinggalkan.

Bila membaca komen sebegini, terdetik dalam hati, ke mana hilangnya sifat manusiawi kita?

Golongan artis, selebriti atau juga pempengaruh media sosial, pekerjaan glamor yang disokong oleh masyarakat ini menyebabkan kehidupan peribadi dan ruang privasi mereka semakin kabur.

Orang ramai berasa mereka berhak mengetahui atau mengulas tentang kehidupan artis kerana mereka ini berada dalam ruang awam.

Namun, hakikatnya golongan ini juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Jadi, kenapa perlu menghukum keputusan dan jalan cerita hidup orang lain? Siapa kita untuk mengadili kerja Tuhan?