Pinjaman peribadi punca utama penjawat awam bankrap
Iklan
SHAH ALAM - Pinjaman peribadi menjadi penyumbang tertinggi kepada fenomena kebankrapan baharu yang didaftarkan antara tahun 2021 hingga 2024 melibatkan penjawat awam.
Pakar Kewangan Pengguna, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, berdasarkan data yang dipaparkan Jabatan Insolvensi Malaysia, sebanyak 49.53 peratus punca muflis disebabkan pinjaman peribadi.