Penulis blog Raja Petra Kamarudin meninggal dunia

Iklan
Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia74 tahun.

Iklan
Iklan

Pemergian Raja Petra disahkan oleh adiknya kepada portal berita FMT.

"Dengan rasa dukacita yang mendalam, saya ingin memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam waktu UK pada hari Isnin, 9 September di Manchester, UK," katanya dalam mesej ringkas kepada FMT.

Iklan

Allahyarham dilahirkan pada 27 September 1950 dan dikenali dengan nama singkatannya, RPK.

Raja Petra merupakan pengendali laman web Malaysia Today, yang terkenal dengan ulasan dan artikel politik Malaysia.

Iklan

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Raja Petra menetap di Manchester.

Walaupun berada di luar negara, beliau terus aktif menulis dan menyuarakan pandangan mengenai politik Malaysia melalui platform digital. - Awani