'Kanak-kanak dibenarkan flying fox tapi perlu ditemani orang dewasa'

Iklan
Laporan Sinar Harian

SHAH ALAM - Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dibenarkan menjalankan aktiviti 'flying fox' atau 'zipline' di Tasik Shah Alam Seksyen 14 dekat sini tetapi mesti ditemani orang dewasa.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Azhar Mohd Sharif berkata demikian bagi mengulas persoalan yang ditimbulkan pengguna media sosial susulan video tular ibu dan anak tersangkut 15 minit selepas tersangkut ketika menjalankan aktiviti lasak tersebut.

Iklan
Iklan

Mohd Azhar berkata, pengendali aktiviti itu, Hikers Climbers Adventures Sdn Bhd mempunyai pengalaman sukan lasak melebihi 20 tahun dengan 15 kakitangan terlatih mengendali peralatan sukan tersebut.

Menurutnya, setiap pengunjung akan diberikan taklimat keselamatan sebelum menaiki 'zipline' berkenaan dan setiap peralatan digunakan menjalani pemeriksaan berkala setiap tiga bulan.

Iklan

"Prosedur ini adalah dibenarkan dan merupakan prosedur biasa. Pasangan dan anak juga telah diberi taklimat dan telah menandatangani borang persetujuan," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau, kedua pasangan bersama anak berlepas namun isteri dan seorang anak tersangkut pada jarak kira-kira 50 meter.

Iklan

"Pengendali 'zipline' dengan segera menyedari berlaku keadaan yang tidak lancar, pantas menaiki 'zipline' tersebut dan menarik ibu serta anak balik ke tempat berlepas. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

"Hasil pemeriksaan mendapati peralatan 'pulley' berkenaan tersangkut disebabkan salah satu 'bearing' telah mengalami kerosakan luar jangka," jelasnya.

Susulan itu katanya, MBSA telah mengarahkan pengusaha aktiviti itu menutup operasi mulai Selasa untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan video tular berdurasi dua minit memaparkan dua beranak itu berdepan detik cemas tergantung pada ketinggian dianggarkan 30 meter selepas flying fox tersangkut.

Susulan kejadian itu, pengguna media sosial mempersoalkan tahap keselamatan selain kebenaran kanak-kanak bawah umur menyertai aktiviti sukan lasak tersebut.

Kongsi seorang pengguna, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, mana-mana orang yang mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin ia akan menyebabkan berlakunya kecederaan fizikal dan emosi atau didedahkan sedemikian jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM20, 000 dan penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.