WCEC dijangka pacu peningkatan perdagangan, pelaburan - Tengku Zafrul

Iklan
Tengku Zafrul (kanan) ketika menghadiri Konvensyen Usahawan Cina Sedunia ke-17 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Selasa. Foto Bernama

KONVENSYEN Usahawan Cina Sedunia (WCEC) ke-17 dijangka meningkatkan aktiviti perdagangan dan pelaburan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, konvensyen itu menyediakan platform terbaik untuk usahawan global bekerjasama terutamanya pada waktu yang mencabar.

Iklan
Iklan

"Apa yang kita harapkan adalah apabila komuniti perniagaan berkumpul, mereka pasti akan mempunyai tawaran perniagaan dan kerjasama yang akan meningkatkan perdagangan dan pelaburan," katanya kepada media selepas pelancaran konvensyen itu pada Selasa.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucaptama pada WCEC ke-17, mengetengahkan hubungan dua hala yang sudah terjalin lama antara Malaysia dan China, disokong oleh hubungan perdagangan dan pelaburan kukuh.

Iklan
Iklan

Konvensyen selama tiga hari anjuran Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) itu berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan menarik lebih 4,000 peserta. - Bernama