Pengarah, pengurus besar kemuka laporan palsu direman 5 hari

Iklan
Pengarah dan pengurus besar syarikat pengiklanan direman lima hari bermula Selasa.

MELAKA - Pengarah dan pengurus besar sebuah syarikat konsesi pengiklanan direman lima hari bagi membantu siasatan membabitkan laporan palsu kerja pemasangan papan iklan di seluruh negeri ini dengan tuntutan bernilai jutaan ringgit.

Perintah reman bermula Selasa hingga Sabtu ini dibenarkan oleh Majistret Khairunnisak Hassni terhadap dua suspek lelaki berusia 46 dan 48 tahun itu.

Iklan
Iklan

Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap jingga tiba di Kompleks Mahkamah Melaka di sini kira-kira jam 9.05 pagi dengan diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, mereka ditahan jam 3 petang semalam selepas hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan.

Iklan

Sumber berkata, kedua-dua suspek dipercayai mengemukakan laporan palsu kerja-kerja pemasangan iklan di seluruh negeri ini membabitkan tuntutan bayaran berjumlah jutaan ringgit sejak 2021.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Adi Supian Shafie mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Iklan

Media pada Julai lalu melaporkan papan iklan di Bachang dan Banda Hilir yang tumbang dalam kejadian ribut tidak mempunyai lesen yang sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan dipercayai tidak mengikut prosedur ditetapkan.