ABM dijangka buat rombakan dalam masa terdekat - Rexy

Iklan
Rexy Mainaky

AKADEMI Badminton Malaysia (ABM) dijangka membuat rombakan barisan kejurulatihan pada 24 September ini, kata Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky.

Katanya, pihak pengurusan tertinggi badan induk itu akan mengadakan mesyuarat pada tarikh itu bagi membincangkan perkara berkenaan secara terperinci.

Iklan
Iklan

"Setakat ini perbincangan untuk menambah atau merombak jurulatih akan diadakan pada 24 September ini dan melibatkan bahagian perlu sahaja. Sudah ada 'calon', tapi akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti,” katanya kepada pemberita di ABM, pada Selasa.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pernah mengiklankan jawatan bagi mencari jurulatih perseorangan lelaki baharu buat skuad senior negara pada Mei lalu. - Bernama

Iklan
Iklan