Pelajar kolej vokasional maut digilis kenderaan berat

Iklan
Gambar hiasan

KLANG - Seorang pelajar kolej vokasional maut digilis sebuah kenderaan berat dalam kemalangan di Jalan Telok Gong dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa yang merupakan penunggang motosikal berusia 18 tahun itu disahkan maut di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, kemalangan melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kenderaan berat yang masih belum dikenal pasti.

Menurutnya, kedua-dua motosikal terbabit datang dari arah yang bertentangan bergerak secara lurus dan bertembung di tengah-tengah jalan.

Iklan

"Akibat daripada pertembungan itu, mangsa telah tercampak di atas jalan raya dan digilis sebuah kenderaan berat.

"Sementara itu seorang lagi penunggang motosikal berusia 20 tahun yang mengalami cedera parah telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi menerima rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sehubungan itu katanya, pihak polis masih mengesan kenderaan berat terlibat yang pemandunya dipercayai tidak menyedari menggilis mangsa.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kemalangan ini diminta menghubungi Balai Polis Trafik Klang Selatan di talian 03-33722222," katanya.