Sistem berubah bila menteri bertukar

Iklan

MINGGU lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pemangku Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa bahasa Inggeris akan digunakan semula untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah bagi menggalakkan penggunaan bahasa antarabangsa itu.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi sebuah rakaman video ringkas mesyuarat sebelum dimuat naik dalam Twitter beliau.

Iklan
Iklan

Dr Mahathir pernah membayangkan hasrat untuk memperkenal semula program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Julai tahun lalu.

PPSMI diperkenal pada Julai 2002 selepas dipersetujui oleh Jemaah Menteri yang ketika itu dipengerusikan oleh Dr Mahathir sebelum mula dilaksanakan pada tahun 2008.

Iklan

Bagaimanapun, ia telah dimansuhkan secara berperingkat pada tahun 2012 oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mendapat bantahan pelbagai pihak.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada Jun 2019 pernah menegaskan kementerian tidak akan mengembalikan semula PPSMI kerana itu program lama, sebaliknya akan melaksanakan inisiatif baharu bagi meningkatkan kualiti pendidikan.

Iklan

Kini selepas 12 tahun, PPSMI bakal dilaksanakan semula. Pelbagai pihak mula mengutarakan respons masing-masing terhadap cadangan tersebut.

Ketika ini, negara-negara yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengajaran subjek Sains dan Matematik terus meningkat, konsisten dan cemerlang seperti Korea Selatan, Vietnam, Hong Kong, Finland dan Jepun.

Jika PPSMI benar-benar diimplementasikan kelak, ia perlu dilaksanakan dengan lebih berhati-hati bagi mengelakkan dasar itu gagal.

Kita tidak mahu sistem pendidikan di negara ini menjadi bahan eksperimen dengan murid dan guru sebagai tikus makmalnya.

PPSMI 2.0 harus ditambah baik sekali gus tidak boleh mengulangi kesilapan dasar seumpama itu dengan meneliti semula kegagalan sebelum ini.

Ia mesti dibuat secara teliti serta menyelesaikan masalah utamanya seperti kekurangan guru, alat bantu mengajar dan aspek kurikulumnya.