Sijil halal julang nama Malaysia di peringkat antarabangsa

Iklan
konsep pensijilan halal adalah suatu keperluan penting yang memastikan standard kebersihan, keselamatan makanan, dan kepatuhan syariah dipenuhi. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamad)

GEORGE TOWN - [DIKEMAS KINI] Pensijilan Halal Malaysia telah menjulang nama baik negara di persada antarabangsa dengan pensijilan yang unggul lagi berintegriti.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, konsep pensijilan halal adalah suatu keperluan penting yang memastikan standard kebersihan, keselamatan makanan, dan kepatuhan syariah dipenuhi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bukan sahaja untuk umat Islam malah pengguna bukan Islam juga semakin menyedari kualiti yang diiktiraf melalui proses pensijilan ini.

"Kesedaran terhadap kepentingan pensijilan halal ini telah dibuktikan dengan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di Pulau Pinang pada Januari 2024 hingga Jun 2024 dikuasai 76 peratus oleh syarikat bukan Muslim (bukan bumiputra dan milikan asing) dan 24 peratus SPHM oleh syarikat muslim.

Iklan

"Data ini menunjukkan bahawa peniaga bukan bumiputera mencatatkan peratusan yang lebih tinggi bagi permohonan sijil halal berbanding peratusan peniaga bumiputera.

"Hal ini membuktikan pensijilan halal Malaysia diyakini semua pihak tanpa mengira latar agama mahupun bangsa," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Selasa.

Iklan

Mohamad yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berkata, bagi terus menggalakkan permohonan pensijilan halal ini, prosesnya juga telah dipercepatkan bagi Pulau Pinang daripada 90 hari kepada 30 hari bekerja mulai November 2023.

Beliau berkata, pengusaha yang mendapat pensijilan halal mempunyai kelebihan yang kompetitif dan dipercayai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

"Berdasarkan laporan State of Global Islamic Economy (SGIE) 2023 yang dikeluarkan oleh Dinar Standards, Malaysia berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global (GIEI) 2023.

"Jika dilihat dari sudut ekonomi, industri halal Malaysia diunjurkan berkembang kepada AS$113.2 bilion pada 2030, dengan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus menjelang 2025 menerusi Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Mohamad berkata, masyarakat diseru untuk terus menyokong usaha dan komitmen JAKIM dalam meningkatkan lagi penyertaan syarikat-syarikat terhadap permohonan pensijilan halal Malaysia bagi memastikan pengurusan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) berada pada tahap yang terbaik dan menjadi simbol kebanggaan negara.