KDN bangunkan aplikasi mudah alih kesan hadis palsu

Iklan
Nik Yusaimi (empat dari kanan) bergambar bersama peserta Seminar Hifz al-Quran: Wakaf Ibtida’ dan Program Wacana Hadith 2024 di UMK, pada Selasa.

BACHOK - Kementerian Dalam Negeri (KDN) membangunkan aplikasi mudah alih bagi membantu orang ramai menyemak kesahihan hadis dan mengesan hadis-hadis palsu di platform dalam talian.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Nik Yusaimi Yussof berkata, aplikasi yang dibangunkan tahun lalu itu kini di peringkat prototaip yang sedang diuji meliputi aspek teknikal.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, KDN memberi fokus memastikan masyarakat faham dan dapat membezakan antara hadis palsu atau sahih seterusnya memberi keutamaan terhadap kluster hadis palsu yang boleh mengancam keselamatan negara.

Nik Yusaimi

"KDN akan memasukkan sebanyak mungkin hadis palsu ke dalam aplikasi ini supaya masyarakat ada platform untuk menyemak dan mengetahui kesahihan sesuatu hadis.

Iklan

"Aplikasi sedang diuji ketepatannya melalui penggunaan kata kunci dan perlu dipastikan lebih perincian sebelum dapat dilancarkan kepada umum,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Hifz al-Quran: Wakaf Ibtida’ dan Program Wacana Hadith 2024 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, selain itu, pihaknya menjalin kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dalam menjalankan siasatan berkait aduan hadis palsu, selain Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi penyiaran hadis palsu di platform media sosial atau dalam talian.

Iklan

"KDN akan merujuk polis untuk menyiasat kes hadis palsu yang didapati terdapat agenda tertentu termasuk mengganggu ketenteraman awam dan menggugat keselamatan negara.

"Mana-mana orang yang sangsi terhadap sesuatu hadis atau meragui ada niat tersirat pihak tertentu, mereka boleh menyemak kesahihan hadis itu menggunakan aplikasi tersebut nanti,” katanya.

Dalam pada itu, KDN juga membangunkan aplikasi Wakaf Ibtida’ sebagai nilai tambah kepada aplikasi mudah alih Smart Quran yang mendapat kelulusan pihak berkuasa di negara ini serta diperakui kesahihan.

"Aplikasi Smart Quran hasil usahasama KDN, Jabatan Kemajuan Islam dan SKM boleh dimuat turun percuma di Google Play serta App Store.

"Aplikasi Wakaf Ibtida’ akan datang ini pula ialah al-Quran yang lebih berinovasi juga percuma untuk semua,” katanya.