'Muktamar Pas pertama, terima kasih sudi terima saya seadanya'

Iklan
Hantaran dimuat naik Annuar di Facebook pada Selasa.

SHAH ALAM - Muktamar Pas ke-70 yang akan berlangsung pada 13 hingga 15 September ini bakal menjadi perhimpunan pertama buat Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, pihaknya berterima kasih kepada Pas kerana sudi menerimanya untuk menyertai muktamar bagi sama-sama memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Iklan
Iklan

Menurut bekas Setiausaha Agung UMNO itu, Pas sentiasa istiqamah dengan perjuangan meskipun seteru berhempas pulas cuba melabelkan parti tersebut dengan label kuno yang menjengkelkan rakyat lebih-lebih lagi ketika berlaku kemelut belakang tabir sekitar September 2020 hingga November 2022 lalu.

"Terima kasih Pas kerana sudi menerima saya seadanya sebagai insan kerdil yang insya-ALLAH dapat tumpang berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Iklan

"Saya bersyukur kerana idealisme perjuangan semakin subur dan lebih bermakna bersama Pas, Alhamdulillah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, media melaporkan pelaksanaan State Government Sdn Bhd (SG4) dan nasib umat Islam di Palestin dijangka antara isu yang diketengahkan dalam Muktamar Pas di Kompleks al-Makmur Kerdau, Temerloh, Pahang.

Iklan

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan, ia juga menyentuh tentang mekanisme SG4 bagi mendukung gagasan Kerajaan Persekutuan selain menyelaras beberapa projek pelaburan di empat negeri terlibat.

Jelasnya lagi, perwakilan juga akan memfokuskan isu ekonomi, kos sara hidup dan sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.