Rakyat Jordan mengundi dalam pilihan raya Parlimen

Iklan
Pusat mengundi di seluruh Jordan dibuka pada pagi Selasa untuk rakyat Jordan mengundi dalam pilihan raya parlimen negara itu. Foto AFP

AMMAN - Pusat mengundi di seluruh Jordan dibuka pada pagi Selasa untuk rakyat Jordan mengundi dalam pilihan raya parlimen negara itu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kira-kira 1,623 calon daripada 197 senarai umum dan tempatan di peringkat kawasan pilihan raya, bertanding merebut kerusi di Dewan Perwakilan yang mempunyai 138 ahli, menyaksikan lebih lima juta pengundi yang layak dijangka membuang undi mereka dalam pilihan raya parlimen ke-20 Jordan.

Iklan
Iklan

Menurut undang-undang pilihan raya baharu, 41 kerusi di parlimen dikhaskan untuk parti yang bertanding dalam senarai umum dan tempatan di 18 kawasan pilihan raya di negara itu, termasuk calon daripada parti politik dan calon bebas.

Jordan mempunyai parlimen dwidewan yang terdiri daripada Senat dilantik oleh raja, dan dewan rendah yang dipilih dikenali sebagai Dewan Perwakilan. - Bernama

Iklan
Iklan