Pencemaran bau kimia: 38 Orang Asli dibenarkan pulang

Iklan
Penduduk Kampung Orang Asli Pasir Intan yang terjejas dengan pencemaran bau dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada Selasa. (Gambar kecil: Hamdan)

KOTA TINGGI - Penduduk Kampung Orang Asli Pasir Intan yang dipindahkan ke Balai Raya Kampung Orang Asli Sayong Pinang di sini dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada Selasa.

Tok Batin Kampung Orang Asli Pasir Intan, Hamdan Yusoff berkata, kesemua mangsa terdiri daripada 11 buah keluarga berada di penempatan sementara itu sejak 5 September lalu, pulang selepas keadaan bertambah pulih.

Iklan
Iklan

"Bau sudah semakin kurang hari ini. Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga telah datang ke kampung ini untuk melakukan uji kaji terhadap tahap pencemaran bau di sini.

Hamdan berkata, setakat ini beliau tidak dapat memastikan keadaan udara di kampung tersebut sudah boleh diisytiharkan selamat atau sebaliknya.

Iklan

Pada Isnin, seramai 38 penduduk Kampung Orang Asli Pasir Intan dilaporkan terpaksa dipindahkan atas inisiatif Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti selepas mengalami mual, cirit birit dan pening kepala ekoran pencemaran bau itu.

Difahamkan pencemaran itu terhasil kesan dari pembuangan bahan disyaki bahan kimia ke kawasan berhampiran Sungai Linggiu yang terletak kira-kira 1 kilometer dari penempatan penduduk.

Iklan