Kastam rampas minuman keras bernilai lebih RM100,000

Iklan
Gambar hiasan

KUCHING - Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 1,000 karton minuman keras (medicated samsu) dalam sebuah kontena bernilai RM116,871.72 yang tidak bercukai di Pelabuhan Senari Khamis lepas.

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota kastam telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah kontena yang tiba dari luar negara.

Iklan
Iklan

"Hasil pemeriksaan rapi ke atas kontena tersebut, pasukan menemukan sebanyak 1,000 karton minuman keras.

"Pemeriksaan rapi ke atas dokumen pengimportan mendapati bahawa Lesen Import Minuman Keras yang dikemukakan tidak sah iaitu tidak menepati syarat dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai import) 2017,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Sharifah berkata, kesemua barangan itu kemudian disita untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. - Bernama