Malaysia bakal raih potensi pelaburan industri halal RM4 bilion dari China

Iklan
Ahmad Zahid bercakap kepada media Malaysia selepas menghadiri Forum Perniagaan Halal Malaysia-China di Shanghai, China, hari ini. Foto Bernama

SHANGHAI - [DIKEMAS KINI] Malaysia bakal meraih manfaat potensi pelaburan baharu dari China dalam industri halal bernilai kira-kira RM4 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, potensi pelaburan besar itu dicapai hasil pertemuan serta mesyuarat delegasi Malaysia bersama pemain industri halal dari China sempena Forum Perniagaan Halal Malaysia-China di sini, hari ini.

Iklan
Iklan

Ahmad Zahid berkata, pelaburan berkenaan merangkumi pelbagai sektor termasuk perubatan herba, makanan dan minuman, vaksin, kosmetik dan farmaseutikal.

"Terdapat 40 syarikat (dari China) yang sangat serius untuk melabur di Malaysia, iaitu menurut perkiraan kita, ia bernilai RM4 bilion.

Iklan

Terdahulu beliau menyampaikan ucapan khas pada forum yang dianjurkan Halal Development Corporation (HDC) yang turut disertai pemain industri dari Malaysia dan China.

Menurutnya, terdapat kawasan seluas 5,787 hektar yang dikhususkan untuk industri halal di Malaysia dan yang paling besar terletak di Tanjung Mas, Sarawak, seluas 9,900 ekar.

Iklan

Selain itu, katanya, terdapat beberapa syarikat halal dari China yang berminat untuk membuka kilang produk mereka di Malaysia, antaranya di Pahang dan Perak.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri diharap dapat mempermudahkan urusan pelabur, khususnya berkaitan penyediaan infrastruktur termasuk bekalan air dan elektrik, di samping insentif seperti pengecualian cukai.

"Apa yang kita perlu adalah pelabur, dan China pula mahu memasarkan barangan halal mereka dari Malaysia. Untuk itu, mereka bercadang mendirikan kilang di Malaysia dan mendapatkan sijil halal Jakim yang membolehkan mereka eksport ke luar negara," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, semasa pertemuan tersebut juga Asian Development Investment Bank dari China menyatakan kesediaan untuk menawarkan pendanaan pelaburan di peringkat awal berjumlah AS$500 juta (RM2.17 bilion).

Sementara itu, menerusi ucapan khasnya pada forum tersebut Ahmad Zahid berkata lokasi Malaysia yang strategik di Asia Tenggara menjadikan negara sebagai hab ideal untuk perdagangan halal.

Beliau berkata, Malaysia komited untuk menjadi hab halal bukan sahaja di ASEAN malahan di persada global dan bagi tujuan itu negara mencadangkan penubuhan Koridor Perdagangan Halal Malaysia-China.

"Inisiatif ini akan meningkatkan perdagangan Halal secara strategik dalam rangka inisiatif One Belt One Road (Satu Jalu Satu Jalan).

"Ia akan membolehkan kami memenuhi keperluan Halal negara BRICS, ASEAN dan Selatan Global sambil menyelaraskan perdagangan antara China dan Malaysia untuk rantaian bekalan yang lebih cekap," katanya.

Beliau berkata melalui koridor ini, sebuah lebuh raya perdagangan khusus yang menampilkan Bi-Nation Halal One-Stop Centre akan dibina.

Menurutnya, pusat ini akan membantu proses import dan eksport, menyediakan protokol yang jelas, menawarkan logistik halal khusus, dan memastikan akses lancar ke tempatan.pasaran untuk kedua-dua negara. - Bernama